POLISI PINJAMAN
·
Keahlian
Pusat Sumber ISM terbuka kepada semua pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di
Institut Sosial Malaysia (ISM) dan keahlian adalah selama berkhidmat di ISM.
·
Keahlian juga
terbuka kepada peserta kursus yang berkursus di ISM (terhad kepada peserta
kursus yang berkhidmat di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat (KPWKM) dan agensi-agensi di bawahnya).
·
Urusan
pendaftaran keahlian boleh dibuat di Kaunter Sirkulasi dengan mengisi Borang
Keahlian Pusat Sumber ISM yang disediakan.
Kelayakan
peminjaman adalah seperti berikut:
Bil. |
Kategori |
Kemudahan Peminjaman/ Had Pinjaman/ Masa |
1. |
Pegawai ISM (Kumpulan Pengurusan & Profesional) |
10 bahan / 4 minggu |
2. |
Kakitangan ISM (Kumpulan Pelaksana) |
5 bahan
/ 4 minggu |
3. |
Peserta Kursus |
3 bahan / sepanjang tempoh berkursus |
4. |
Pelajar (Diploma Pasca Siswazah Kerja Sosial) |
8 bahan / 4 minggu |
5. |
Pengguna Luar |
3 bahan / 4 minggu |
6. |
Pinjaman Antara Perpustakaan (SPP) |
3 bahan / 4 minggu |
·
Lanjutan
tempoh peminjaman bahan hanya dibenarkan sekali sahaja bagi tempoh dua (2)
minggu dari tarikh permohonan lanjutan tempoh peminjaman.
·
Bahan yang dipinjam hendaklah
dikembalikan di Kaunter Sirkulasi Pusat Sumber ISM pada atau sebelum tarikh
pemulangan yang ditetapkan seperti yang tertera pada slip pemulangan.