KOLEKSI PUSAT SUMBER ISM
KOLEKSI RAK TERBUKA (OPENSHELF)
·
Koleksi rak terbuka merupakan
koleksi yang boleh dipinjam oleh pengguna bergantung kepada kategori pengguna.
Koleksi ini terdiri daripada buku yang merangkumi kurikulum ISM khususnya
berkaitan kerja sosial dan pelbagai bidang perkara lain.
KOLEKSI
RUJUKAN
·
Koleksi rujukan meliputi
koleksi seperti kamus, ensiklopedia, laporan tahunan, direktori dan buku
panduan. Koleksi ini tidak boleh dibawa keluar dari pusat sumber dan terhad
untuk rujukan di dalam pusat sumber sahaja.
KOLEKSI
TERBITAN BERSIRI
·
Koleksi bersiri merujuk kepada
penerbitan bersiri yang dibeli dan dilanggan oleh Pusat Sumber ISM. Koleksi ini
terdiri daripada majalah tempatan dan luar negara dan terhad untuk rujukan
dalaman sahaja.
KOLEKSI
SURAT KHABAR HARIAN
·
Koleksi surat khabar harian
yang dilanggan oleh Pusat Sumber ISM. Terdapat tujuh (7) tajuk akhbar harian
untuk rujukan dan bacaan pengguna.
KOLEKSI
PENERBITAN ISM
·
Koleksi bahan penerbitan ISM
untuk rujukan pengguna. Antara contoh penerbitan ISM adalah Paradigma Sosial,
International Journal of Social Policy and Society (IJSPS), Laporan Tahunan ISM dan lain-lain penerbitan
yang diterbitkan dari semasa ke semasa.