LATAR
BELAKANG
Pusat Sumber Insitut Sosial Malaysia
ditubuhkan pada 2002 selari dengan penubuhan Institut Sosial Malaysia (ISM). Pusat Sumber ditubuhkan bagi menyokong
kemudahan penyelidikan, pembelajaran, rujukan dan latihan yang dianjurkan oleh
ISM. Pusat Sumber berperanan menyediakan
pelbagai koleksi bahan rujukan serta bahan penyelidikan khususnya dalam bidang
kerja sosial kepada semua pegawai dan kakitangan ISM serta kepada peserta
kursus yang berkhidmat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat (KPWKM) dan agensi-agensi di bawahnya.
FUNGSI
·
Merancang dan menguruskan perolehan bahan
perpustakaan
·
Menyelenggara pendokumentasian bahan perpustakaan
·
Mengurus perkhidmatan sirkulasi (pinjaman / pemulangan/ pembaharuan
bahan)
·
Mengendalikan perkhidmatan
Pinjaman Antara Perpustakaan
(Interlibrary Loan)
·
Mengendalikan perkhidmatan rujukan dan perujukan
·
Mengurus penyelarasan pengumpulan statistik
perpustakaan
·
Mengendalikan perkhidmatan kesedaran semasa (Current Awareness Service)
·
Merancang, menyelaras dan melaksanakan program/
aktiviti galakan membaca