Hari Wanita Antarabangsa mula disambut pada 8 Mac 1975 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebahagian daripada Tahun Wanita Antarabangsa. Di Malaysia, sambutan Hari Wanita Antarabangsa pertama kali dianjurkan pada 8 Mac 1983 oleh HAWA (Urusetia Hal Ehwal Wanita) di bawah Jabatan Perdana Menteri.  


Perpustakaan KPWKM telah menyediakan pelbagai isu wanita yang menjadi aspirasi untuk membina legasi digabungkan menjadi Pakejan Maklumat Hari Wanita Antarabangsa 2025. Pakejan Maklumat Artikel Akhbar dan Isu Wanita merupakan buku digital 55 muka surat yang menggabungkan maklumat dari pelbagai sumber termasuk artikel akhbar dan petikan sejarah untuk menghasilkan maklumat ringkas dan padat sejarah Hari Wanita, inisiatif wanita, kejayaan wanita dan pemerkasaan wanita dari pelbagai sudut. Perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan kepada para warga tentang artikel akhbar mengenai wanita dalam masyarakat serta untuk memeriahkan lagi Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 di KPWKM.


Bersama-sama ini disertakan pautan Pakejan Maklumat Wanita untuk makluman semua, sila klik pautan: