Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 | 5 Jun 2026 (Jumaat)

Pusat Sumber KPWKM telah menganjurkan Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada warga KPWKM mendapatkan bahan bacaan yang berkualiti dan terkini serta memupuk budaya membaca dalam kalangan warga kementerian.
Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai dan menjayakan program ini. Semoga program seperti ini dapat terus menyemarakkan budaya membaca dan menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan warga KPWKM.
Teruskan sokongan anda terhadap program-program anjuran Pusat Sumber KPWKM pada masa akan datang.