11 Mei 2026 | Pusat Sumber KPWKM
Pusat Sumber KPWKM telah menerima lawatan penjurian sempena Penarafan Bintang Perpustakaan yang dilaksanakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
Sesi penjurian telah dikendalikan oleh Puan Maiyumi binti Ahmat, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Sumber Elektronik, PNM serta Ts. Md. Hafiz bin Ahmad Zulkifli, Ketua Unit Penyelidikan, Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM. Urus setia lawatan pula diwakili oleh Puan Fazlina binti Fauzi daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak juri dan urus setia atas kesudian hadir serta menjalankan sesi penilaian di Pusat Sumber KPWKM.

