Popular Books

POLISI PINJAMAN

·           Keahlian Pusat Sumber ISM terbuka kepada semua pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Institut Sosial Malaysia (ISM) dan keahlian adalah selama berkhidmat di ISM.

·           Keahlian juga terbuka kepada peserta kursus yang berkursus di ISM (terhad kepada peserta kursus yang berkhidmat di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan agensi-agensi di bawahnya).

·           Urusan pendaftaran keahlian boleh dibuat di Kaunter Sirkulasi dengan mengisi Borang Keahlian Pusat Sumber ISM yang disediakan.

Kelayakan peminjaman adalah seperti berikut:

Bil.

Kategori

Kemudahan Peminjaman/

Had Pinjaman/ Masa

1.

Pegawai ISM (Kumpulan Pengurusan & Profesional)

10 bahan / 4 minggu

2.

Kakitangan ISM (Kumpulan Pelaksana)

5 bahan  / 4 minggu

3.

Peserta Kursus

3 bahan / sepanjang tempoh berkursus

4.

Pelajar (Diploma Pasca Siswazah Kerja Sosial)

8 bahan / 4 minggu

5.

Pengguna Luar

3 bahan / 4 minggu

6.

Pinjaman Antara Perpustakaan (SPP)

3 bahan / 4 minggu

 

·                Lanjutan tempoh peminjaman bahan hanya dibenarkan sekali sahaja bagi tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan lanjutan tempoh peminjaman.

·                Bahan yang dipinjam hendaklah dikembalikan di Kaunter Sirkulasi Pusat Sumber ISM pada atau sebelum tarikh pemulangan yang ditetapkan seperti yang tertera pada slip pemulangan.