KOLEKSI PUSAT SUMBER ISM


KOLEKSI RAK TERBUKA (OPENSHELF)

·           Koleksi rak terbuka merupakan koleksi yang boleh dipinjam oleh pengguna bergantung kepada kategori pengguna. Koleksi ini terdiri daripada buku yang merangkumi kurikulum ISM khususnya berkaitan kerja sosial dan pelbagai bidang perkara lain.

KOLEKSI RUJUKAN

·           Koleksi rujukan meliputi koleksi seperti kamus, ensiklopedia, laporan tahunan, direktori dan buku panduan. Koleksi ini tidak boleh dibawa keluar dari pusat sumber dan terhad untuk rujukan di dalam pusat sumber sahaja.

KOLEKSI TERBITAN BERSIRI

·           Koleksi bersiri merujuk kepada penerbitan bersiri yang dibeli dan dilanggan oleh Pusat Sumber ISM. Koleksi ini terdiri daripada majalah tempatan dan luar negara dan terhad untuk rujukan dalaman sahaja.

KOLEKSI SURAT KHABAR HARIAN

·           Koleksi surat khabar harian yang dilanggan oleh Pusat Sumber ISM. Terdapat tujuh (7) tajuk akhbar harian untuk rujukan dan bacaan pengguna.

KOLEKSI PENERBITAN ISM

·           Koleksi bahan penerbitan ISM untuk rujukan pengguna. Antara contoh penerbitan ISM adalah Paradigma Sosial, International Journal of Social Policy and Society (IJSPS), Laporan Tahunan ISM dan lain-lain penerbitan yang diterbitkan dari semasa ke semasa.