LATAR BELAKANG

Pusat Sumber Insitut Sosial Malaysia ditubuhkan pada 2002 selari dengan penubuhan Institut Sosial Malaysia (ISM). Pusat Sumber ditubuhkan bagi menyokong kemudahan penyelidikan, pembelajaran, rujukan dan latihan yang dianjurkan oleh ISM.  Pusat Sumber berperanan menyediakan pelbagai koleksi bahan rujukan serta bahan penyelidikan khususnya dalam bidang kerja sosial kepada semua pegawai dan kakitangan ISM serta kepada peserta kursus yang berkhidmat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan agensi-agensi di bawahnya.

FUNGSI

·         Merancang dan menguruskan perolehan bahan perpustakaan

·         Menyelenggara pendokumentasian bahan perpustakaan

·         Mengurus perkhidmatan  sirkulasi (pinjaman / pemulangan/ pembaharuan bahan)

·         Mengendalikan perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan

(Interlibrary Loan)

·         Mengendalikan perkhidmatan rujukan dan perujukan

·         Mengurus penyelarasan pengumpulan statistik perpustakaan

·         Mengendalikan perkhidmatan kesedaran semasa (Current Awareness Service)

·         Merancang, menyelaras dan melaksanakan program/ aktiviti galakan membaca